Wednesday, December 28, 2011

Lelaki baca novel???

Salam.......konba wa seme..............


Hai, ape kabor awok-awok??shat dok?erm....entri malam ni ambe nak bertanyalah pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang kalu lelaki suke baca novel??adakah ia salah disisi undang-undang???bagi diri ambe lah...ambe rase ia tak salah even though bile seseorang lelaki mention kat perempuan..hobinya suka membaca novel...tentu terkejut giler perempuan tu bila mendengar lelaki cakap macam tu...


kadang-kadang dalam hidup ni ada benda yang sukar ditafsir contohnya macam hobi...setiap orang mempunyai hobi masing2 kan...btol tak?kadang-kadang kita tak terpikir hobi seseorang-seseorang...ye r...ada sesetengah mempunyai hobi yang pelik...contohnya macam suke kutip penutup botol lah...suke simpan alat-alat motor lah....ermmm.....macam-macam lagi....

berbalik ke soalan ambe...memang ambe tak nafikan membaca novel bukan sahaja untuk kepuasan tapi untuk menghayati apa yang cube disampaikan dalam novel itu...contohnya isu remaja, isu pengorbanan ibubapa kita, isu sikap seseorang dan banyak lagi....hmmm....bile sebut pasal novel je, mesti otak kita pikir dia ni seorang yang jiwang...betol tak??tanggapan ni sebenarnya sangat-sangat salah sebab novel tak semestinya pasal yang jiwang-jiwang....selalunya akan da mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam novelnya....

nak dijadikan contohnya...ambe pun suke baca novel...sekarang ni ambe duk baca novel "ombak rindu"...di dalam novel tu tersimpan banyak mesej yang cuba disampaikan oleh penulis...so kalu sahabat-sahabat nak tau kena lah beli novel "ombak rindu"....ambe juga da seorang kawan yang suke sangat-sangat baca novel....name dia "Mat Dhu" bukan name sebenar...kalu sahabat-sahabat tanye tajuk novel...dia siap boleh beri sinopsis lagi...memang hebat giler....ye r....kadang-kadang mase duk buat assingment dia sempat lagi baca novel secara online...biasenya dia akan buka laman web "penulisan2u.com"...tu lah kawan ambe walaupun baca novel tapi kerja selalu siap....sapa sangkakan dia mempunyai minat macam tu kan??So kesimpulannya...Lelaki baca novel memang tak salah dan tak perlu dipelik-pelikkan....heheheheh.....



sekian sahaja coretan ambe malam ni...sehingga bertemu lagi.... (^_^)

Monday, December 26, 2011

Pandainya kamu kencing orang ye!!!!!

salam.....kon ba wa seme.....

Hmmm....entri malam ni ambe nok kongsi lah dengan sahabat-sahabat seme tentang kencing mengencing....ermmm...tentu ada sahabat-sahabat yang tak faham ape itu kencing-mengencing (dialek)..sebenarnya kencing-mengencing ni tak ada dalam kamus bahasa melayu mahupun bahasa inggeris...ia boleh disama ertikan dengan tipu-menipu...
 

Tipu-menipu memang sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang tetapi tidak seme orang suka kepada sesiapa yang suka menipu orang...termasuk lah ambe...ambe memang pantang lah kalu da yang jenis menipu ni....cuba sahabat-sahabat bayangkan lah..kadang sesetengah orang ni kita boleh detect kalu dia menipu...contohnya dia cakap dengan orang ni lain dan dia cakap dekat kita lain...biasenya orang yang suka menipu ni jenis yang suka cakap besa...

ambe pernah terkena dengan orang yang menipu ni...ceritanya macam ni...ambe kenal lah seorang ni...dari luar dia nampak baik je tapi bila dah kenal...ermmm tuhan saje yang tau perangai dia macam mane...ambe tau lah dia jenis yang suke bersosial tapi tak payah lah nak tipu ambe bila ambe nasihat kat dia....macam perpatah mengatakan lain yang dikate lain pula yang dibuat...itulah manusia...cakap tak serupa bikin....apelah nak jadi dengan dunia sekarang ni ek??? berdosa tau menipu tu...dah la cakap tu tak masuk akal..menipu pulak...ermm..berat-berat nguh....ibaratnya doh lah jenis kencing pastu kencing pulok orang...abis basoh lah jeruk pala orang yang kena kencing tuuuu....berat nanam...









p/s:kepada yang suka kencing orang berpada-pada lah dengan perbuatan orang kerana Allah tentu akan memberi balasan kepada orang yang suka menipu (kencing orang)...

Monday, December 19, 2011

9 jenis sihir yang anda perlu tahu

salam...konba wa seme....malam ni ambe nok kongsi se lagi berkenaan dengan sihir....ambe harap sahabat-sahabat mendapat ilmu dari pe yang ambe kongsi.....

 
1. Sihir Pemisahan Suami Isteri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ
قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).

Tanda-tandanya:
1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.
3) Enggan meminta maaf.
4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga
seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu
sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
Tanda-tandanya:
- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
Tanda-tandanya:
- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:
- Azan
- Membaca ayat al-Kursi
- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
- Membaca isti'azah dan basmalah.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tandanya:
- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
- Cakap merapu
- Mata layu
- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
- Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-tandanya:
- Suka berseorangan.
- Mentup diri sepenuhnya.
- Diam berterusan.
- Tidak suka bertemu orang.
- Fikiran melayang.
- Selalu pening.
- Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
- Selalu was-was.
- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit
Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:
- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh
- Lumpuh menyeluruh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
- Takut yang bersangatan
- Marah yang tidak terkawal
- Lalai berlebihan
- Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
- Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

atau

- Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tandanya:
- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang).
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Rahsia Wudhu Untuk Kesihatan

salam...konichi wa seme...
erm...entri ari ni ambe nok kongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan berwuduk...mungkin bagi sesetengah orang menganggap mengambil wudhu sekadar syarat untuk sembahyang tapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan taw....banyak sangat....

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah: Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu'. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.


Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.


Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). 


Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari'atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu'(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!


Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari...
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan...apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin ambe kongsikan:


Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.


Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu' kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.



p/s: kepada sahabat-sahabat yang telah lame meninggalkan wudhu harap dapat menyedari akan hikmahnya...

Sunday, December 18, 2011

10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA

Salam...Konba Wa seme...pe kabor sahabat-sahabat leni??
malam ni ambe nok kongsi sikit sal 10 pintu syaitan berada dialam nyata...nak tau tak mcm mne??
Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 
 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.












Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
 
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
 
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Monday, December 5, 2011

Cuba teka gambar didalam blog ambe!!!

Salam SEME.....Konba wa.....



Hmmmm.....entri malam ni ambe nak berkongsilah saat dimana seme kawan-kawan ambe berada dalam keadaan stress.....yelah kan dekat minggu-minggu akhir ni banyak assignment nak kena siapkan...uuuhhhh...penat giler...lepas satu...satu keja bertambah....seperti kata Chris Frantz:

Everybody's going through a lot of stress these days, no matter how well off you are and how many advantages you have, it's a stressful time in everybody's lives.

hah...kan betul kata Chris Frantz...seme orang akan melalui stress tapi bila stress dah melampau adalah terkeluar kata-kata yang sangat-sangat manis dan mase tu tak kira dah kawan ke sapa...main kata je...macam tu lah bila seseorang berada dalam keadaan stress kan kan??tapi sebenarnya kita sebagai manusia mampu mengawal tapi biar kena cara lah....ni da sesetengah tak pikir langsung perasaan orang lain...main sedap mulut dia jer.....

so cube tengok gambar yang ambe post ni....minggu-minggu akhir berjuang dalam mengharungi segala cabaran-cabaran dalam menyiapkan keja-keja...dan saat ni juga bermacam-macam mood yang ada...Kesimpulannya.....jadi pesanan penaja....KITA KENA KAWAL STRESS KITA AGAR TAK MENYAKITI PERASAAN ORANG LAIN.......
 






Thursday, December 1, 2011

Manusia=>Satu Garisan

Konba wa seme.....

Pe kabor sahabat-sahabat blogku sekalian....mesti sihat seme kan kan...ari ni ambe penat betul, yelah petang tadi selepas main badminton pastu berlatih netball sekejap pastu malam pula da AGM...memang ari ni sangat memenatkan...

Tapi gane-gane pun entri malam ni ambe nak kongsilah satu cerita yang ambe pun tak faham dengan sikap manusia ni...kalu ambe kate manusia ni boleh diibaratkan seperti Satu Garisan...sahabat-sahabat ambe setuju tak???Bukan pe ambe cuma terpikir sejenak berdasarkan situasi yang pernah berlaku...


ok...cuba sahabat2 pikir sejenak manusia memang seperti satu garisan dimana dari satu garisan tu kita boleh mencipta pelbagai jenis bentuk contohnya bulat, segitiga, empat segi, pentagon dan macam-macam lagi....konsep ni same gok dengan tingkahlaku, perangai dan emosi manusia....contohnya manusia ni boleh cepat berubah samada dari baik ke jahat ataupun dari jahat ke baik...alangkah baiknya kalu konsep seperti garisan tu digunakan sebaik yang mungkin kan??
 


Yelah bila puas kita jadi bulat kita bole bertukar jadi lain plak...hehehehe...tapi kalu difikir-fikirkan macam kita tak da identiti lok kan.....so pe yang boleh ambe simpulkan ialah manusia boleh jadi seperti satu garisan tapi mengikut situasi.....