Wednesday, December 28, 2011

Lelaki baca novel???

Salam.......konba wa seme..............


Hai, ape kabor awok-awok??shat dok?erm....entri malam ni ambe nak bertanyalah pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang kalu lelaki suke baca novel??adakah ia salah disisi undang-undang???bagi diri ambe lah...ambe rase ia tak salah even though bile seseorang lelaki mention kat perempuan..hobinya suka membaca novel...tentu terkejut giler perempuan tu bila mendengar lelaki cakap macam tu...


kadang-kadang dalam hidup ni ada benda yang sukar ditafsir contohnya macam hobi...setiap orang mempunyai hobi masing2 kan...btol tak?kadang-kadang kita tak terpikir hobi seseorang-seseorang...ye r...ada sesetengah mempunyai hobi yang pelik...contohnya macam suke kutip penutup botol lah...suke simpan alat-alat motor lah....ermmm.....macam-macam lagi....

berbalik ke soalan ambe...memang ambe tak nafikan membaca novel bukan sahaja untuk kepuasan tapi untuk menghayati apa yang cube disampaikan dalam novel itu...contohnya isu remaja, isu pengorbanan ibubapa kita, isu sikap seseorang dan banyak lagi....hmmm....bile sebut pasal novel je, mesti otak kita pikir dia ni seorang yang jiwang...betol tak??tanggapan ni sebenarnya sangat-sangat salah sebab novel tak semestinya pasal yang jiwang-jiwang....selalunya akan da mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam novelnya....

nak dijadikan contohnya...ambe pun suke baca novel...sekarang ni ambe duk baca novel "ombak rindu"...di dalam novel tu tersimpan banyak mesej yang cuba disampaikan oleh penulis...so kalu sahabat-sahabat nak tau kena lah beli novel "ombak rindu"....ambe juga da seorang kawan yang suke sangat-sangat baca novel....name dia "Mat Dhu" bukan name sebenar...kalu sahabat-sahabat tanye tajuk novel...dia siap boleh beri sinopsis lagi...memang hebat giler....ye r....kadang-kadang mase duk buat assingment dia sempat lagi baca novel secara online...biasenya dia akan buka laman web "penulisan2u.com"...tu lah kawan ambe walaupun baca novel tapi kerja selalu siap....sapa sangkakan dia mempunyai minat macam tu kan??So kesimpulannya...Lelaki baca novel memang tak salah dan tak perlu dipelik-pelikkan....heheheheh.....



sekian sahaja coretan ambe malam ni...sehingga bertemu lagi.... (^_^)

Monday, December 26, 2011

Pandainya kamu kencing orang ye!!!!!

salam.....kon ba wa seme.....

Hmmm....entri malam ni ambe nok kongsi lah dengan sahabat-sahabat seme tentang kencing mengencing....ermmm...tentu ada sahabat-sahabat yang tak faham ape itu kencing-mengencing (dialek)..sebenarnya kencing-mengencing ni tak ada dalam kamus bahasa melayu mahupun bahasa inggeris...ia boleh disama ertikan dengan tipu-menipu...
 

Tipu-menipu memang sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang tetapi tidak seme orang suka kepada sesiapa yang suka menipu orang...termasuk lah ambe...ambe memang pantang lah kalu da yang jenis menipu ni....cuba sahabat-sahabat bayangkan lah..kadang sesetengah orang ni kita boleh detect kalu dia menipu...contohnya dia cakap dengan orang ni lain dan dia cakap dekat kita lain...biasenya orang yang suka menipu ni jenis yang suka cakap besa...

ambe pernah terkena dengan orang yang menipu ni...ceritanya macam ni...ambe kenal lah seorang ni...dari luar dia nampak baik je tapi bila dah kenal...ermmm tuhan saje yang tau perangai dia macam mane...ambe tau lah dia jenis yang suke bersosial tapi tak payah lah nak tipu ambe bila ambe nasihat kat dia....macam perpatah mengatakan lain yang dikate lain pula yang dibuat...itulah manusia...cakap tak serupa bikin....apelah nak jadi dengan dunia sekarang ni ek??? berdosa tau menipu tu...dah la cakap tu tak masuk akal..menipu pulak...ermm..berat-berat nguh....ibaratnya doh lah jenis kencing pastu kencing pulok orang...abis basoh lah jeruk pala orang yang kena kencing tuuuu....berat nanam...









p/s:kepada yang suka kencing orang berpada-pada lah dengan perbuatan orang kerana Allah tentu akan memberi balasan kepada orang yang suka menipu (kencing orang)...

Monday, December 19, 2011

9 jenis sihir yang anda perlu tahu

salam...konba wa seme....malam ni ambe nok kongsi se lagi berkenaan dengan sihir....ambe harap sahabat-sahabat mendapat ilmu dari pe yang ambe kongsi.....

 
1. Sihir Pemisahan Suami Isteri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ
قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).

Tanda-tandanya:
1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.
3) Enggan meminta maaf.
4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga
seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu
sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
Tanda-tandanya:
- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
Tanda-tandanya:
- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:
- Azan
- Membaca ayat al-Kursi
- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
- Membaca isti'azah dan basmalah.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tandanya:
- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
- Cakap merapu
- Mata layu
- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
- Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-tandanya:
- Suka berseorangan.
- Mentup diri sepenuhnya.
- Diam berterusan.
- Tidak suka bertemu orang.
- Fikiran melayang.
- Selalu pening.
- Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
- Selalu was-was.
- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit
Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:
- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh
- Lumpuh menyeluruh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
- Takut yang bersangatan
- Marah yang tidak terkawal
- Lalai berlebihan
- Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
- Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

atau

- Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tandanya:
- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang).
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Rahsia Wudhu Untuk Kesihatan

salam...konichi wa seme...
erm...entri ari ni ambe nok kongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan berwuduk...mungkin bagi sesetengah orang menganggap mengambil wudhu sekadar syarat untuk sembahyang tapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan taw....banyak sangat....

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah: Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu'. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.


Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.


Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). 


Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari'atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu'(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!


Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari...
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan...apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin ambe kongsikan:


Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.


Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu' kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.



p/s: kepada sahabat-sahabat yang telah lame meninggalkan wudhu harap dapat menyedari akan hikmahnya...

Sunday, December 18, 2011

10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA

Salam...Konba Wa seme...pe kabor sahabat-sahabat leni??
malam ni ambe nok kongsi sikit sal 10 pintu syaitan berada dialam nyata...nak tau tak mcm mne??
Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 
 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.












Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
 
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
 
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Monday, December 5, 2011

Cuba teka gambar didalam blog ambe!!!

Salam SEME.....Konba wa.....



Hmmmm.....entri malam ni ambe nak berkongsilah saat dimana seme kawan-kawan ambe berada dalam keadaan stress.....yelah kan dekat minggu-minggu akhir ni banyak assignment nak kena siapkan...uuuhhhh...penat giler...lepas satu...satu keja bertambah....seperti kata Chris Frantz:

Everybody's going through a lot of stress these days, no matter how well off you are and how many advantages you have, it's a stressful time in everybody's lives.

hah...kan betul kata Chris Frantz...seme orang akan melalui stress tapi bila stress dah melampau adalah terkeluar kata-kata yang sangat-sangat manis dan mase tu tak kira dah kawan ke sapa...main kata je...macam tu lah bila seseorang berada dalam keadaan stress kan kan??tapi sebenarnya kita sebagai manusia mampu mengawal tapi biar kena cara lah....ni da sesetengah tak pikir langsung perasaan orang lain...main sedap mulut dia jer.....

so cube tengok gambar yang ambe post ni....minggu-minggu akhir berjuang dalam mengharungi segala cabaran-cabaran dalam menyiapkan keja-keja...dan saat ni juga bermacam-macam mood yang ada...Kesimpulannya.....jadi pesanan penaja....KITA KENA KAWAL STRESS KITA AGAR TAK MENYAKITI PERASAAN ORANG LAIN.......
 






Thursday, December 1, 2011

Manusia=>Satu Garisan

Konba wa seme.....

Pe kabor sahabat-sahabat blogku sekalian....mesti sihat seme kan kan...ari ni ambe penat betul, yelah petang tadi selepas main badminton pastu berlatih netball sekejap pastu malam pula da AGM...memang ari ni sangat memenatkan...

Tapi gane-gane pun entri malam ni ambe nak kongsilah satu cerita yang ambe pun tak faham dengan sikap manusia ni...kalu ambe kate manusia ni boleh diibaratkan seperti Satu Garisan...sahabat-sahabat ambe setuju tak???Bukan pe ambe cuma terpikir sejenak berdasarkan situasi yang pernah berlaku...


ok...cuba sahabat2 pikir sejenak manusia memang seperti satu garisan dimana dari satu garisan tu kita boleh mencipta pelbagai jenis bentuk contohnya bulat, segitiga, empat segi, pentagon dan macam-macam lagi....konsep ni same gok dengan tingkahlaku, perangai dan emosi manusia....contohnya manusia ni boleh cepat berubah samada dari baik ke jahat ataupun dari jahat ke baik...alangkah baiknya kalu konsep seperti garisan tu digunakan sebaik yang mungkin kan??
 


Yelah bila puas kita jadi bulat kita bole bertukar jadi lain plak...hehehehe...tapi kalu difikir-fikirkan macam kita tak da identiti lok kan.....so pe yang boleh ambe simpulkan ialah manusia boleh jadi seperti satu garisan tapi mengikut situasi.....

 

Monday, November 28, 2011

GILA MUNG.......

Salam.....
Guane sahabat2 sekalian.....pe kabor....wah lame btol ambe dok update blog ambe....

Ok...Entri ari ni ambe nok kongsi-kongsi dengan sahabat-sahabat tentang perkataan "GILA"....pernah dok saudara dan saudari dipanggil dengan perkataan gila??pe yang saudara dan saudari rase bile dipanggil gitu???bagaimana susahnya saudara dan saudari nok kate sesuatu yg betul tentang dirii saudara dan saudari???saudara dan saudari pernah minat sesuatu secara gila-gila???bagi saudara dan saudari lah pe yg dimaksudkan dengan perkataan "gila" bagi diri saudara dan saudari??pernah ke saudara dan saudari panggil seseorang tu "gila"???




Hmmmm...ambe rase sahabat-sahabat ambe pernah mengalami persoalan di atas kan??kan??bagi ambe lah gila ni bukan hanya sekadar bermaksud seseorng tuu hilang akal tapi kadang-kadang ia boleh membawa kepada maksud yang lain...yelah contohnya bile saudara dan saudari terlalu minat terhadap sesuatu boleh dikatakan minat gila...macm saudara dan saudari minat kat seseorng gok..kalu saudara dan saudari minat gila-gila kat seseorg maknanya saudara dan saudari tak kan pandang org lain doh...sekarang ni perkataan gila boleh diibaratkan flexible sebab ia boleh dipakai bukan khusus untuk menunjukkan seseorang itu hilang ingatan tapi ia boleh membawa maksud lain...


Thursday, November 17, 2011

Siang(1 cawan nasi) Malam(roti dgn kacang beans)

Assalamualaikum seme....





Entri malam nie ambe nak kongsi satu petua yang ambe baru dapat petang tadi mase gi jogging dengan kawan-kawan ambe petang tadi dekat Bukit Besar.....penat giler rase petang tadi mase mendaki bukit....yelah lame tak jogging tiba-tiba tadi plan berubah....buat sahabat-sahabat yang tak kenal Bukit Besar ambe ada sedia gambar...yang paling best petang tadi ialah pemandangan kat atas bukit tuu...memang...memang menarik...sambil menghirup udara yang segar...

hah...buat sahabat yang tak kenal bukit besar, boleh lah lihat kat atas...hehehehe....ape yang ambe nak kongsi yelah mase jog tadi ambe terpandang lah seorang mamat ni...dia mendaki dan turun berulang kali...so ambe tadi ambe peluang tanya ape rahsia dia bile tengok dia selamba je naik dan turun....so dia kate kat ambe bagi orang yang nak kurus badan @ bagi yang nak banyak stamina...dia perlu kontrol cara dia makan iaitu makan nasi tengahari hanya 1 cawan sahaja dan makan mkanan yang berkhasiat je pastu malam dia bagi tau hanya makan roti dan kacang beans...wow kalu ambe lah ambe dok leh nak wat gitu...ye r...bukan senang nak amal care gitu...bukan pe orang kate bile kita balik dumoh dan terhidu masakan emak...hai tak kan nak diet kan??kan??hehehehe...orang kate air tangan mak kita bile dia masak memang tak boleh lawan masakan kedai....

Mase tengah-tengah sembang tadi, rupa-rupanya dia adalah seorang pemain futsal patutlah stamina dia banyak giler..baru ambe tau dan yang paling ambe tak leh bayang ari-ari dia pi bukit besar untuk jog....dia ada lah juga bercerita yang kawan dia memang gemuk giler....so kawan dia praktik apa yang dia bagitau dan yang paling penting dia kate exercise....bayangkan kawan dia tu jog di bukit besar sehingga berjaya menurun berat badan sebanyak 10kilo....memang berkesan....pastu dia da kate gok yang da seorang pakcik tuu dia boleh lari sebanyak 200k...ambe tak tau lah berapa pusingan di trek...nasihat ambe lah kalu sape-sape yang hendak kurus kan badan amalkan diet ni kerna ia lebih berkesan dari telan pil diet yang boleh membawa kesan sampingan....so selamat beramal...renung-renungkan lah...hehehehehe

Wednesday, November 16, 2011

Konba wa seme.....

Ape kabor seme.....???

wah...lame betol ambe tak menaip dalam blog ambe ni..rindu giler rase kat blog ambe..Entri malam ni ambe nak kongsi something dalam "SEMBANG-SEMBANG AYIE"...

Kadang-kadang ambe rase sifat manusia ni pelik sangat...yelah bila dia dah buat kesalahan tapi dia tak nak mengaku sebaliknya dia cube plak cari orang lain untuk kenakan atas kesalahan yang dia buat....erm...boleh diibaratkan kalu dalam dialek ganu lah (petong batu susuk tangan) kalu dalam bahasa formal seperti melempar batu tapi sembunyikan tangan....

Bagi pendapat ambe lah mungkin sesetengah manusia ni suke mencari kesalahan orang walau macam mane sekali pun...kerana takut kelemahan diri dia terbongkar jadi sebagai nak selamatkan diri cuba kenakan orang...erm...kesian kan??yelah ambe rase kesian kat sangat manusia jenis macam tu takut untuk hadapi kelemahan dia...yelah nak kate ambe ni perfect tak lah...sebab tak ada manusia yang perfect dalam dunia ni.....



Ambe teringat lagi kate-kate cekgu ambe "Kamu jangan takut untuk melakukan kesalahan kerna ape???kerna dari kesalahan itu kamu akan ketahui kelemahan kamu dan secara tidak langsung kamu boleh memperbaiki dari semasa ke semasa"...tulah kate-kate cekgu ambe dulu mase ambe duk lepak-lepak dalam bilik kaunseling.....dari sini ambe dapat kate lah kesalahan mengajar kite sesuatu yang bernilai dan dari kesalahan itu kita akan selalu ingat dan memang kita akan berjage-jage tak akan buat lagi....


Thursday, November 3, 2011

Konba wa seme.....




Ape kabor seme??harap-harap berada dalam keadaan sihat walafiat.....
Mula-mula sekali  ambe nak ucapkan terima kasih lah kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ambe...Entri malam ini ambe nak kongsi lah serba sedikit cerita-cerita bersama sahabat-sahabat lah dalam episod "sembang-sembang AYIE"...
Dalam episod sembang-sembang ini bukan berti (sembang kosir kodan kalu dalam dialet ganu) tapi kalu dalam bahasa melayu sembang-sembang sekadar berkongsi pendapat dengan saudara dan saudari sekalian arr...

Episod kali ini ambe nak bawa sahabat-sahabat merantau ke restoran Al Hijrah Oasis...restoran itu terkenal dengan makanan yang berasaskan herba-herba seperti tongkat ali, teh bunga, sup herba dan sebagainya..boleh dikatakan restoran itu cukup terkenal lah juga sehingga masuk paper tau...

Tapi ambe tak mau cerita banyak tentang restoran itu lah...yang ambe nak cerita tentang topik yang kami berlima berbual semasa berada direstoran itu....

"Bila kita terlibat dengan sesuatu masalah kita kena hadapinya atau bersemuka dengan masalah itu"ambe masih teringat lagi kata-kata itu...kalu nak difikirkan balik, kebanyakan manusia bila menghadapi sesuatu masalah memang payah bagi mereka untuk bersemuka dengan masalah itu...kadang-kadang ambe mari jugok terpikir cara yang terbaik adalah menghadapinya bukan melarikan diri..

"Orang tak merasa ape yang kita rase dan orang tak tahu ape yang kita rase"salah seorang dari teman ambe berkata...bagi pendapat ambe lah...memang betol orang tak athu ape yang kita rase sebab kita mempunyai hati dan perasaan kita sendiri dan ia tak same walaupun kita kembar sekali pun...mungkin bagi sesetengah orang bercakap adalah lebih senang bagi mereka tapi kadang-kadang sesetengah manusia ingin juga berharap sesekali orang memahami diri mereka..bukan ape sekadar cuba menyelami perasaan mereka...

Alasan...Alasan...Alasan....Hmmm...bagi sesetengah orang alasan adalah perkara normal bagi mereka tapi bagi sesetengah orang pula mereka menyampah dengan alasan dan mereka berharap alasan yang direct dan tak payah bengkang bengkok dalam memberi jawapan...

Kalu kita pikir lah...dalam hidup kita banyak perkara yang boleh mematangkan kita terutama dari segi pergaulan kita..yelah salah satu manfaatnya ialah kita boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi suka duka yang kita hadapi...sebab itu hidup kita tak membosankan kerna banyak lagi perkara yang belum kita hadapi...oleh itu, ambe berharap kepada sahabat-sahabat yang merasekan hidup mereka bosan supaya pikir balik kenapa anda merasekan sedemikian...


 Selamat malam seme..tunggukan episod yang berikutnya nanti....
episod sembang-sembang ayie akan bersambung lagi....


Tuesday, November 1, 2011

Cakap-cakap kosong @ berisi??

Salam,
Konba wa seme......


 Ape kabor awok2?Entri malam ini ambe ingat nak guna dialet Terengganu..Jadi kepada follower2 ambe yang bukan berasal daripada negeri Terengganu boleh lah belajar serba sedikit dialet ganu...

Malam ni ambe nok kongsi lah dengan deme seme sal topik cakap-cakap kosong. kalu dalam dialet ganu besenya kita kate bual-bual...

Ceternya gini, tadi selepas je abis kelas PR ambe dan saing2 ambe gi lah lepok kat sebuah keda makang sekadar nok lepas stress selepas kelas katekan...huhuhu..pastu dalam rama-rama saing ambe da lah sorang wat berahi bual..Orang kate kalu ye dan duk keda pastu start bual silap2 ari bulan dok sedor r...seba banyok angat topik nok bual...

tapi ork setakat ambe duk perati lah bile kita duk-duk bual banyok angat kadang2 ta dok topik gok..padan duk kate same gu...aku kate ke mung, mung kate kat aku...huish.. bila ambe duk pikir balik lah....mungkin sudah jadi adat doh bile kita duk keda makang memang kita akan berbual topik2 wat sekadar hiburan je...pastu melarat dok ahu benda...sapa benda wat kite dok mikir pun boleh kuor...dok dapat dibayangkan....dunia oooo dunia.....

Monday, October 31, 2011

Jejak kasih.......

Konba wa seme......

Dulu seingat ambe lah masa zaman sekolah menengah lagi cerita jejak kasih yang diudarakan di RTM memang menjadi pilihan rakyat Malaysia.. Orang kate lah cerita itu memang menyayatkan perasaan lah...mau tidaknya bile seseorang insan yang sekian lame terputus hubungan antara satu sama lain dan ditemukan kembali...

Tapi malam ini ambe nak paparkan satu gambar dimana bukan sahaja manusia boleh dipertemukan kembali setelah berpisah tapi haiwan pun pandai mencari teman hidupnya setelah berpisah...oleh itu jom kita jenguk ke gambar yang ambe paparkan ini...

Lihatlah bagaimana dua ekor biawak yang berpisah tapi akhirnya bertemu jua kembali dan melepaskan kerinduaan masing-masing.

Sunday, October 30, 2011

Adakah ini benda pelik???

Konichi wa seme....

Hari ini ambe nak tanye lah sahabat-sahabat sekalian....

Cube perhatikan gambar dibawah ini...Adakah ia pelik???






http://kegilaanterlampau2.blogspot.com/2011/10/contest.html

Saturday, October 29, 2011

"Nasihat untuk dibaca"

Konba wa sekali lagi.....

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!














PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Malaikat kecil

Konba wa seme....

Malam ini ambe nak mengajak saudara dan saudari untuk luang masa sedikit dengan membaca kisah yang ambe pos ini...semoga ia akan memberi tauladan kepada diri ambe serta sahabat-sahabat sekalian...insyaallah..


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah” 

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.




Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya".

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. 

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”. 

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


ALLAHUAKBAR!
 

Thursday, October 27, 2011

Tinggal @ Tertinggal @ Meninggalkannya @ Sengaja Meninggalkannya

Konichi wa seme....


Hari ini ambe nak citer satu kisah dulu-dulu dimana adalah seorang hamba Allah ini...
Nama dia ambe letak Si A lah. Dulu-dulu boleh katakan dia seorang yang taat lah pada suruhan Allah dan pada ibubapanya. Boleh dikategorikan sebagai seseorang yang beriman lah, ibaratnya tak rapuh imannya walau dilanda lautan dugaan dan godaan lah..tp hal itu berubah sejak dia memasuki alam universiti dan berkenalan dengan kawan-kawan yang tak sepatutunya dia berkawan (deme faham-faham sendiri lah macam mane kawan-kawan yang ambe maksudkan itu)..

Dulu Si A ini taat pada Allah dan ibubapanya tapi sekarang ni sebaliknya..dia mula berjinak-jinak dalam tempat haram yang tak sepatutnya dia pergi dan nak di ringkaskan citer dia dah terpesong daripada hidupnya yang dulu...dia terus alpa dan alpa dan alpa dengan kelazatan hidangan duniawi semata-mata...dulu dia sembahyang lima waktu tapi sekarang dia MENINGGALKANNYA, dulu dia pose secukupnya tapi sekarang dia SENGAJA MENINGGALKANNYA, dulu dia dengar dengar kate ibubapanya tapi sekarang dia TINGGAL kan kate-kate ibubapanya....

Dan nak dijadikan citer dia mula sedar setelah satu peristiwa berjaya menyedarkan dirinya yang hilang dalam keseronakan dunia...dia tersedar kerana dia bermimpi yang dirinya diseksa dan dilaknat oleh Allah...dia seolah-olah merasai keseksaan itu dan tak tertanggung seksanya..


Disini apa yang ambe hendak sampaikan kepada saudara saudari agar kembali lah mengingati-NYA dan kembalilah mentaati-NYa kerana sejauh mana pun kita buat dosa dengan-NYA kita mampu bertaubat dengan sesungguh taubat dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi...Disini juga suka ambe berpesan kepada diri ambe sendiri serta sahabat-sahabat sekalian agar merenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam hidup kita dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani...

Dibawah cite ini ambe selitkan sedikit renungan buat pembaca-pembaca blog ambe....





Yaa Allah...
Maafkanlah segala kekuranganku.
Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku.
Karena sesungguhnya semua dosa-dosa ku tidak merugikan-Mu.
Begitu pula semua ketaatanku tidak menguntungkan-Mu”

Yaa Allah...,
Pindahkan aku dari hinanya maksiat kepada kemuliaan Taat!

Ya Allah,
Walaupun aku begitu jauh
dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,
Hamba Mohon…
Kokohkanlah kakiku untuk melangkah dijalan-Mu…
Kokohkan Jiwa dan hati-ku untuk menggapai Ridha-Mu,
Kokohkan Iman-ku sampai akhir nanti…

YA ALLAH Yang Maha Mulia,
Muliakanlah kami dengan ketakwaan…

Ya Rabb…
Aku bersimpuh dihadapan-Mu
Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku
agar engkau mengasihiku

Aku memohon dengan kekuatan-Mu atas kelemahanku
Ketidakbutuhan-Mu atas ku dan Kebutuhanku atas-Mu
Inilah wajah yang pembohong dan pendosa dihadapan zat-Mu
Hamba-MU selainku banyak,
sedang aku tidak memiliki Tuhan selain-Mu
Tak ada tempat kembali
Tak ada yang bisa menyelamatkanku
Selain penyelamatan dari-Mu

Aku memohon dengan permohonan orang miskin
Aku berzikir kepada-Mu
dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina
Aku memohon kepada-Mu
dengan permohonan orang yang takut dan sakit
Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu

Saat ini aku mengadu pada-Mu
Merintih di haribaan-Mu
Untuk hatiku yang kelam…
Untuk Jiwaku yang sakit…
Untuk dosa-dosaku...
dimasa lalu, sekarang dan yang akan datang

Ya Rabb…
Ampuni dosa-dosaku
Bersihkan hati ini….
Sucikan jiwa ini…
Tentramkan batin ini…
Singkapkan tabir antara Engkau dan Aku ..

Ya Allah…
Aku takut….
Aku Gamang …
tentang masa depanku…
Aku tidak kuat azab-Mu
Bila kelak hari perhitungan itu datang
Saat Engkau menegakkan keadilan-Mu
Bagaimana aku menghadap-Mu ?
Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa
Akibat kezalimanku

Yaa Rabb…
Andai waktu masih ada
Di sisa usia ini ….
Aku bertobat pada-Mu
Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu
Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…
Merangkulku dengan kasih-Mu …
Membelaiku dengan Cinta-Mu
Merindukanku seperti saat ini aku merindukan-Mu
Senyuman dari Sang Maha Pengasih…

Ya Rabb Hamba kembali….
Hamba kembali ke jalan-Mu

Ya Allah… YA Tuhanku,
Sungguh dosa-dosaku hari ini
dan hari yang telah lalu berlimpah.
Hamba tidak kuasa menghitung dan menjumlahkannya
Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka
Juga tidak mampu bersabar dan tidak pula tabah atasnya.
Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba
Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)“

Ya Tuhanku ,
Tak layak bagiku menghuni surga Firdaus-Mu,
namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim-Mu.
Maafkanlah semua kesalahanku
dan ampunilah semua dosaku
Karena hanya Engkaulah
yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah
Seandainya ini adalah hari terakhir hidup-ku
maka terimalah taubat-ku ini karena begitu banyak dosa yang telah kulakukan

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami dari siksa neraka.”
(QS. Al-Baqarah: 201).